Friday 13 July 2012

RASULULLAH DAN LIMAU MASAM

ASSALAMUALAIKUM..hmmm pnat nyer harini.."si die" kat luar plak mybe busy xnax la ggu die..arini boooring sgt2 xtaw nax bt per..mkn pon xdex mood masak nasi pon kwn yg p tibai nasi tu..huhu hah tp aq mkn limau jer td..berckp pasal limau mcm tajuk entry aq hari ni "RASULULLAH DAN LIMAU MASAM" aq der bce sumting mybe leh kongsi dgn korang ..ni kisah rasulullah cer bce menarik gak....

Rasulullah SAW bersabda:"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kamu turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kamu yang akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir.Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para Sahabat, namun kali ini tidak.Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan:”Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kamu turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kamu yang akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW.Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran ( sumber dari email )


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah 

menampalnya sendiri tanpa 

perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu 

kambing untuk keperluan 

keluarga mahupun untuk dijual. 

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat 

tiada makanan yang sudah siap 

di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda 

menyinsing lengan bajunya 

untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 

'Aisyah menceritakan 'Kalau 

Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu 

urusan rumahtangga. 

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat 

berangkat ke masjid, dan 

cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.' 

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. 

Tentulah baginda teramat lapar 

waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang 

ada untuk sarapan. Yang 

mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah 

belum ke pasar. 

Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya 

Khumaira?' (Khumaira adalah 

panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang 

bererti 'Wahai yang 

kemerah-merahan' ) 

Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum 

ada apa-apa wahai 

Rasulullah.' 

Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa 

saja hari 

ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. 

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala 

melihat seorang suami sedang 

memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa 

engkau memukul isterimu?' 

Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 

'Isteriku sangat keras 

kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi 

aku pukul lah dia.' 

'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 

'Aku menanyakan mengapa 

engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada 

anak-anakmu? ' 

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki 

adalah yang paling baik,kasih 

dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, 

sabar dan tawadhuknya 

baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung 

tidak sedikitpun menjejaskan 

kedudukannya sebagai pemimpin umat. 

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. 

Dilihat oleh para 

sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke 

satu rukun yang lain amat 

sukar sekali. 

Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah 

sendi-sendi 

pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara 

satu sama lain. Sayidina 

Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu 

langsung bertanya setelah 

selesai bersembahyang, 

Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan 

menanggung penderitaan yang 

amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 

'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan 

menggerakkan tubuh, kami 

mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh 

tuan? Kami yakin engkau 

sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. 

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para 

sahabat amat terkejut.. Perut 

baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai 

kain yang berisi batu 

kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. 

Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan 

bunyi-bunyi halus setiap kali 

bergeraknya tubuh baginda. 

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar 

dan tidak punya makanan 

kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' 

Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para 

sahabatku. Aku tahu, apa 

pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi 

apakah akan aku jawab di 

hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, 

menjadi beban kepada 

umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini 

sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak 

tidak ada yang kelaparan di 

dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di 

Akhirat kelak.' 

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun 

makan di sebelah seorang 

tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor. 

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya 

direntap dengan kasar oleh 

seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di 

lehernya.. Dan dengan penuh rasa 

kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing 

si Badwi di dalam masjid 

sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. 

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt 

dan rasa kehambaan yang 

sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak 

sama sekali rasa ke tuanan. 

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH 

langsung tidak dijadikan 

sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika 

di depan ramai mahupun 

dalam keseorangan. 

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya 

untuk baginda, baginda 

masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, 

terus-menerus beribadah 

hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya 

sudah bengkak-bengkak. 


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung 

kemahuan jiwanya yang 

tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya 

Rasulullah, bukankah 

engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih 

bersusah payah begini?' 

Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah 

aku ini hanyalah seorang 

hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya 

yang bersyukur.' 

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU 

WALAUPUN SEPOTONG 

AYAT.

~ sumber ni dapat dari email yang di forward .. ermmm ..  .. betapa hebat nya rasulullah kita .. tiada yang sehebat nya .. Dia benar2 khalifah terhebat .. (^_^) .. Rasululllah adalah mentor kita .. senyum je aku baca sifat rasulullah yang amat la penyabar , lebih2 lagi layanan nye terhadap kaum hawa ..lebih2 lagi isteri2 kesayangan nya .. ya allah .. jadikan aku sebijak Siti Aisyah .. dan sehebat Siti Khadijah .. amin ..


Ramadhan kembali lagi <3

amboi besar nye tulisan pd entry ni haha saje jer..yeayyy Ramadhan dah nax dtg lg 1minggu jex ehmm M.hafizi jgn ponteng puasa tau..kihkihkih t xdpt duit raye..

Alhamdulillah, semoga aq dpt bersua dengan Ramadhan al-mubarak tahun ni. Andai kata Allah takdirkan tiada lagi peluang untuk berjumpa Ramadhan tahun ni, apakah kita ralat?
Atu tanya diri sendiri dan anda juga boleh tanya diri sendiri. Tak perlu kita tanya orang lain tentang kualiti puasa kita. Kita yang lebih tahu bagaimana tahap puasa kita dalam tahun sebelumnya. Betul tak?Alhamdulillah. Awal Ramadhan tahun ni, dapat juga rasa meriahnya malah sentimental value zaman kanak-kanak rasa makin kuat saat aku tulis entri ni. Akhirnya, selamat berpuasa buat seluruh teman blogger. Sama-sama kita dirikan bulan Ramadhan dengan lebih bersungguh-sungguh.Mungkin ini Ramadhan yang terakhir untuk kita?
P/S; kita kasi puasa kita punya tangan, mulut, mata, telinga, perut?sudah tentu daaa…

Thursday 12 July 2012

SALAM PERKENALAN :)

HELLO.. assalamualaikum...aq SITI HAWA korng leh pgll aq ape2 jer tp jgn plik2 suda..tadaa ni blog aq  tpi xbpe pandai ag nax hias2 neh pon pok cik kesygan aq yg bt kn M.HAFIZI...xcntik kn die bt hahaha lol gurau jer..harap2 kat sini aq leh share cerita2 aq..bak ate omputih SHARING IS CARING knn..btw hope akn der ramai blogger yg sudi singgah kat blog neh insyaAllah..tujuan aq bt blog bkn nax jdi famous tp nax kongsi cite suke dn duke aq ..pd yg akn follow tq sgt k hope kite blh jalinkn silaturrahim kat blog ni..nantikan entry2 yg bakal aq coretkan nanti.. :)

SANG ARJUNA :)

SANG ARJUNA ???? ape pelik tajuk entry aq neh ... hahaha emm aq na cerite sikit pasal si ARJUNA aq neh... tapiii name die bkn arjuna la ... name si arjuna aq neh MUHAMMAD HAFIZI,,, sdap akn name die ...die nye tahap setia jgn cite beb hahah setia tahap gaban tooo. . walaupon aq dah byk kali dah jatohkan talak kat die tp die setia tgu aq tawww!! (korang xyah tye ar ape sbb aq jatohkan talak kat die k) .. dulu aq pandg die mcm2 tu jer skrg aq sedar die laki yg baek tuk aq insyaAllah...perhh mane der laki yg sgop tgu woi nak dkt 2 tahun die tetap tgu aq...kdg2 bersyukur gak dapat si dia ...alhamdulillah..aq harap die leh jdkn aq perempuan yg baik n solehah..♥BAGI AQ DIALAH PEMILIK TULANG RUSUK KU INSYAALLAH ♥ 



Saat kami diuji


Ya Allah,
Engkau lebih mengetahui,
hari semalam aku menangis kerana kesedihan,
aku kuatkan semangat mendepani kesulitan,
namun air mata ku gagal tertahan,

aku lemah mendepani ujian,
sedangkan Kau uji aku dengan sekecil ujian,
jika di bandingkan dengan orang-orang yang lain.

maafkan aku,Ya Allah.
kuatkan aku menjalani kehidupan ini,
sememangnya cintaku padaMu mengisi segenap ruang hati,
namun adakala hatiku terikut perasaan yang mengapi,
aku terlayan emosi sendiri.

ya Allah,
aku sedar perjuangan ini tidak mudah,
aku perlu kuat hati dan tabah,
kan ku kebalkan tapak kakiku di setiap langkah,
agar onak duri yang mencucuk tidak akan buat aku rebah,
kan ku sirami hatiku dengan hujan taqwa,
agar hati ini ialah hati yang subur dengan redha,
walau sekencang apa pun dugaan melanda,
tiada resah kan ada.
kan ku damaikan jiwa,
dengan doa-doa yang tidak pernah ku lupa,
kerana doa itu senjata,
membentengkan ku dari sebarang lara.

ya Allah,
aku tidak cukup kuat,
anugerahkan aku ketabahan dan keyakinan,
bahawa perjalanan yang berliku ini,
akan berakhir dengan indah.

setiap pengorbanan yang terlaksana,
Allah tidak akan persia,
biarlah manusia berkata apa,
hanya Dia yang mengetahui segala,

cukup bagiku Allah,
tak ku harap simpati pada manusia,
kerana kita adalah insan yang tidak berdaya,
apa yang melebihi jangkauan akal kita,
sudah tidak mampu kita teroka.

sedang Dia memiliki kekuasaan yang maha hebat maha perkasa,
ku berserah padaNya,
hidup matiku hanya untukNya.


"Jika kamu tlh bertemu dgn seorang insan yang kamu pasti boleh membawa kebaikan kpd dirimu,menyanyangimu,mengasihimu & mencintaimu..mengapa kamu berlengah lg?jgn sesekali kamu cube membandingkannya dgn yg lain semata2 krn kamu mahu mengejar kesempurnaan..kelak dia akn berjauh hati  kamu akn kehilangannye apabila dia ...menjadi milik org lain.ketika itu sesal tak berguna lg.." renungan bersama (^_^)

korang tau x byk dugaan yg kteorg tempuh selama kteorg knal..minx2 pe yg jd kat kteorg tu leh jd pengajaran kat dlm diri aq..korang taw x sang arjuna aq tu de penyaket YA ALLAH.. yg aq leh bt tuk tlng diri dye..semoga ALLAH pnjgkn umur die supaya aq leh jd isteri die yg baik dn yg taat pd suami n die dpt bimbing aq tuk kejar cinta ALLAH .



Cinta Lelaki


Mayb benar jugak ekk article ni... Hadirnya diri mu dalam
idup ku ni buat diri ni kenal
sape sebenarnya lelaki. . 
Mungkin jugak ianya
stu khilangan... .n kenangan yg x dptdlupakan.. 

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia
pelik kerana hadir dijiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan
kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa 
sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya.
Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami adakalanya lunak tetapi
selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya
hidup tanpa wanita di
sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula
hendak menghargainya
sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang
disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah
bergelar isteri.Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui : 

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri -
tanpa sedikit keterpaksaan. 
Semuanya dila kukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia. 
Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya. 
Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya. 
Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan
mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan
cemburu yg meluap-luap. Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri. 

Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak
menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk
mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan. 
Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan
melakukan apa saja asalkan
dapat membahagiakan kekasih/isteri. 

Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada
kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya. 
Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri.
Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS. 
Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya. 

Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan
perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa
pengetahuan kekasih atau isterinya. 

MUHAMMAD HAFIZI sentiasa ambik berat pasal aq meski aq lngsung xlyn die.. jahatnye aq ='(